Buy Vanilla Beans Here

Saturday, 26 April 2014

Penjagaan Kulit Orang Asia

Lazimnya kita ketahui orang Jepun & Korea antara orang-orang yang cantik kulit muka mereka kan? Tak campur dengan produk-produk penjagaan kulit muka yang jauh lebih canggih ( khabarnya 8-12 tahun) dari produk orang eropah. ( first time dengar Asia lagi maju dari Eropah ) Namun bagaimana canggih produk tersebut, rupanya ada cara untuk pakai produk mereka ini agar kita mendapat hasil maksima untuk kulit muka kita. Dibawah fida serta cara fida menjaga kulit muka setelah membuat kajian tentang penjagaan kulit muka orang korea & jepun.

Bagaimana fida menjaga kulit muka?
Membuat sedikit kajian, rupanya kulit asia dan kulit orang eropah berbeza dari segi lapisan epidermis & dermis.
Basically, kulit orang asia perlukan lebih kelembapan, kurang berminyak serta perlindungan uvray yang tinggi agak dpt melindungi kulit kita dari panahan terik matahari garisan khatulistiwa 

Pada minit 1:13, mereka membincangkan perbezaan kulit orang asia & orang caucasian ( eropah). 

Maka kebiasaannya, produk kulit asia yang dihasilkan untuk orang asia lazimnya sesuai untuk orang asia, manakala sama juga sebaliknya bagi produk keluaran eropah. Sekiranya anda dapati produk yang digunakan tidak sesuai, mungkin anda boleh tengok kembali samada produk yang digunakan adakah dihasilkan untuk orang asia atau orang eropah.

Pengalaman fida guna produk yang berasaskan eropah dulu, fida basuh muka pakai cleanser dah kering, pastu pakai toner lagi kering, kemudian pakai moisturizer menjadi terlalu berat di muka menyebabkan breakout.

Fida mmg tidak pernah bernasib baik mencari produk muka yang ideal. Dan kalau dia elok pun, dia jadi ke 1 tahap, kulit muka menjadi 'immune' terhadap produk muka. Apabila fida buat sedikit kajian, kemudian baru fida jumpa jawapan kemungkinan sebab muka fida dulu pernah immune terhadap suatu produk apabila pki terlalu lama. Alhamdulillah fida dh jumpa penyelasaiannya malah ia 'improve' kesan produk muka kita.

Fida pun belajar cara bagaimana orang korea & orang jepun membasuh & menjaga muka mereka setiap hari agar kulit mereka kekal bersih, remaja & sihat. ( lebih kepada jepun kerana fida guna produk jepun sekarang, & fida masih belum campur jenama setelah fida rasa fida sesuai dengan produk ini)  

Fida bukanlah nak kejar muka muda remaja, fida cuma nak jaga kulit muka agar dia sihat kerana ianya amanah dari Tuhan Maha Esa pinjamkan kepada kita. :)

Baiklah, step by step cara fida jaga kulit muka tiap-tiap malam

1. Oil Cleasing Method. 
fida ikut cara minah ni bersih muka guna cleansing oil method. Fida punya oil cleanser recipe 2/3 jojoba oil 1/3 castor. rasanya lepas ni nak guna 2/3 sunflower oil & 1/3 castor oil kerana sunflower oil & castor oil low comedogenic, maknanya tidak sumbat pori. jojoba oil mahal. :D


2. Tekap muka dengan tuala panas buat 3 kali.
3. Gosok muka dengan tuala panas tadi ( indirectly ini akan exfoliate kulit muka kita, membuang sel kulit mati & menghasilkan set kulit baru )
4. Basuh muka dengan cleanser biasa, untuk kesan lebih membersih, guna foaming net, memang rasa lebih best muka bila kita basuh dengan fully whipped facial cleanser.

5. Basuh dengan air suam
6. Bilas dengan air sejuk. Air biasa pun boleh tapi rendamkan muka lama sikit agar liang pori kembali tertutup.
7. Fida guna mild peeling lotion hada labo untuk membersihkan saki baki kulit mati di muka

8. Fida tepek muka guna hada labo whitening lotion dengan patting technique hingga tapak tangan rasa melekat kt pipi : sila klik sini untuk ketahui bagaimana nak pakai : http://www.youtube.com/watch?v=yf1ZtBN_3R0

9. Kemudian fida pakai hada labo whitening milk lotion sebagai moisturizer. Siang 1 titik sahaja.
Malam fida guna 2 titik sahaja untuk extra protection. http://www.youtube.com/watch?v=0Fv0U41pLyQ

10. Siang: kalau fida keluar rumah, Fida sudahi dengan sunblock hada labo. Beli sbb masa tu murah ada sale, plus takut nk campur brand lain sebab pengalaman fida dulu.
Malam: since dah pki 2 titik. Fida x tmbh lagi apa-apa.
fida tahu banyak sangat step by step nya tapi itulah yang membersihkan kulit muka kita. Ini pun sikit, sbb tak campur lagi essence, krim mata & moisturizing mask.
 Boleh tengok minah korea ni, macam mana dia bersihkan muka dia tiap-tiap malam. 

ada seorang lagi fida suka tengok cara dia bersihkan muka. 


Tapi apa-apa pun, exfoliation itu penting. Kerana kulit muka akan ada sel mati di lapisan paling atas. Kalau kita tak exfoliate tiap tiap hari, kulit mati terkumpul tebal jadi lapisan maka automatik kulit kita jadi immune terhadap produk yang kita pakai. Ooooo.... itu kisahnya.

Cara orang jepun buat moisturizing mask 
Berapa kerap kita nak pakai mask? Sebenarnya kalau ikut disiplin orang jepun. Masker kena pakai tiap tiap hari. Yes, fida tau facial sheet mask mahal. Tp kita boleh buat sendiri kat rumah dengan kos yang amat murah serta mudah nak buat. Pki pun x lama, 3 minit je. :) 

* fida tahu fida guna satu jenama je: hada labo, ini adalah sebab Alhamdulillah fida tak mempunyai masalah guna produk mereka, tambahan fida masih lagi takut nak bercampur produk. sekiranya anda lebih selesa guna produk anda sendiri, boleh sahaja gunakan, asalkan cara pembersihan itu dapat memberikan kesan maksima untuk kesihatan kulit muka anda. :)

sekian sahaja untuk sharing skincare routine yang fida buat sekarang ni. Semoga bermanfaat kepada semua.
:)
Till then we meet again
Assalamualaikum
Salam Vanilla
Fida Vanilla

1 comment:

  1. salam . kak . kalau untuk orang yg kulit jerawat macam mane ye ?

    ReplyDelete