Buy Vanilla Beans Here

Thursday, 1 May 2014

A trip to the Cat Cafe

Assalamualaikum & salam bulan mei. Cepatnya masa berlalu, tahu tahu dah masuk bulan 5, tambahan pula kita dah masuk Rejab bagi bulan Islam, tidak lama lagi akan masuk Syaaban & Ramadhan. Banyaknya persiapan yang perlu kita buat :)

Beberapa hari lepas, anak-anak menyuarakan keinginan untuk membela kucing di rumah. Sampai menangis-nangis nak bela kucing. Fida tinggal di apartment, & house rule di apartment fida tinggal tidak membenarkan untuk membela kucing. Fida dah banyak kali selamatkan kucing, tapi  fida tidak membela kucing kerana hormati house rule & juga hormati jiran yang takut kepada kucing.

Akhirnya fida terserempak dengan video "Tokyo cat cafe" di youtube, best sangat, kita sambil minum teh atau kopi sambil bermain dengan kucing, kemudian fida terfikir alangkah seronoknya kalau cat cafe berada di Malaysia. Fida pun gemar kucing, gemar yang amat-amat. :)

Sekali tu, kita google lah cat cafe malaysia. Dalam carian google ada 3 di Malaysia, setakat pencarian fida,

1. Di Penang ( Jauhlah Pulak)
2. Di Danau Kota ( Masih lagi jauh dari rumah fida - kesian nak suruh cik abang drive semata-mata nak main kucing )
3. Di USJ15 ( wah subang jaya je, boleh lah... dah dekat dah ni)

So kami pergi, semalam pada 1 mei 2014, kerana terpengaruh dengan konsep kucing di dalam cafe, kami smpi sebelum waktu kedai buka & kami siap suruh kedai buka awal, semata-mata terpengaruh dengan konsep dpt main kucing sambil minum kopi. hebat sungguh konsep ni, lebih-lebih lagi untuk peminat kucing. yes, Fida memang suka kucing, anak-anak pun sama.

I don't want to say much, let the video speaks itself :) Kalau tak nampak youtube player kat blog, boleh klik di link ini: http://www.youtube.com/watch?v=NG_K9GiNuH8 ke video fida di youtube. :)

Nama cafe ini adalah coffee cottage. ia amat simple sekali design cafe tersebut, hingga suami fida ter inspirasi nak buka galeri fotografi sukannya www.asiana.my , sekali dengan concept cafe agar photographers dapat berkumpul bersama. (fida suka sebab boleh fida develop idea whole vanilla concept cafe )

Pro:

  1. 1. tiada additional charge untuk bermain dengan kucing. cuma kita beli drinks or desserts & boleh dibawa ke bilik bermain bersama kucing. 
  2. Bulu kucing lembutnya yang amat... silky smooth.... jeles
  3. design for cafe simple & smart, menu pun best-best juga, more to desserts & light snacks


cons:

  1. cat room agak panas ( mungkin kerana hendak menjaga suhu supaya sesuai dengan kucing-kucing, cadangan: Ventilation is needed
  2. Oleh kerana mereka sibuk menguruskan customers di luar, mereka tidak menghadkan kemasukan orang untuk bermain dengan kucing. maka ramai sangat nak main dengan kucing, namun kucing sikit. bila orang ramai, kucing tidak sampai 10 ekor, namun lebih 10 orang masuk di dalam bilik bermain kucing. Dengan itu, masa bermain dengan kucing tidak dapat lama, lama-kelamaan fida rasa rimas. Sampai ada seekor kucing ni, dia macam takut dengan ramai orang,  dia asyik mencakar pintu storage seakan suruh buka sebab dia hendak menyorok. ( Cadangan: Sediakan 1 staff untuk kemasukan orang bermain dengan kucing agar setiap orang dapat bermain lama dengan kucing) 
  3. Kucing -kucing semuanya dewasa sudah dikira senior citizen, so tahap bermain mereka sudah kurang, Cadangan: mungkin pihak cafe boleh cari kucing yang masih lagi suka bermain lazimnya dari umur 9bulan ke 2 tahun, kucing umur begini suka bermain dengan kita, lebih dari itu, mereka sudah tua & gemar lebih berehat dari bermain. 
Anyway, ni sekadar cadangan sahaja, my children tetap dapat melepaskan rindu membelai kucing, kami akan datang lagi, kerana kucing, mungkin di waktu yang kurang sibuk. :)

Till then
We meet again
Assalamualaikum 
Fida Vanilla  ( <------ Jom like page Fida :) terima kasih! ) 

Terima Kasih kerana membaca!
:) 
Have a great day!


2 comments:

  1. Salam sis , ada jual raw material tak untuk buat lipbalm? Kalau ada tolong emailkan pricelist ke email saya wyaina@gmail.com . Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sis Ae Na, boleh whatsapp fida di 0132877769? terima kasih. :)

      Delete